Neko Suites Rumah Kedua (Program Keahlian)
Mana-mana pelanggan Hotel Kucing Neko Suites akan menjadi ahli Neko Suites Rumah Kedua secara automatik.
Dalam program Neko Suites Rumah Kedua, anda boleh mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus untuk penginapan bermalam di Hotel Kucing Neko Suites.
Ahli Neko Suites Rumah Kedua juga secara automatik akan mendapat 1 mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan. Mata yang terkumpul hanya sah untuk ditebus dalam masa 3 tahun setelah tarikh mata diperolehi. Sekiranya lebih daripada itu maka ia akan luput.

Ganjaran Yang Boleh Ditebus Dengan Mata Ganjaran
Mata yang terkumpul hanya boleh ditebus pada tempoh tempahan anda yang seterusnya di Hotel Kucing Neko Suites, bukan untuk tempoh tempahan yang sama dengan waktu anda mendapat mata ganjaran.
Anda boleh memilih mana-mana tarikh dan jenis tempat penginapan* untuk penginapan kucing anda yang seterusnya di Hotel Kucing Neko Suites:
*bergantung pada ketersediaan
- Potongan RM10 – Tebus dengan 250 mata
- Potongan RM20 – Tebus dengan 500 mata
- Potongan RM50 – Tebus dengan 1,000 mata
Untuk menebus mata ganjaran, sila maklumkan kepada kami menerusi WhatsApp (+017-586 3165) atau ketika daftar masuk di Hotel Kucing Neko Suites.
Pengesyoran Pelanggan
Jika anda mengesyorkan Hotel Kucing Neko Suites kepada rakan anda, ingatkan supaya mereka menyebut nama anda (dan kucing anda) ketika menempah. Kami akan memberikan kepada anda berdua 1 malam percuma (bernilai RM30) pada tempahan anda yang seterusnya di Hotel Kucing Neko Suites!

Terma dan syarat kami masih terpakai sekiranya anda memilih untuk menebus mana-mana ganjaran di atas untuk tempahan penginapan kucing anda yang seterusnya di Hotel Kucing Neko Suites, maka pastikan anda telah membacanya terlebih dahulu.
Program yang ditulis di sini adalah tertakluk pada perubahan pada budi bicara kami.