Terma & Syarat

Semua pemilik kucing harus membaca terma dan syarat berikut sebelum membuat tempahan bagi kucing mereka di Neko Suites.

Dengan menandatangani borang tempahan, ini bermakna anda telah faham dan bersetuju dengan semua syarat berikut (beserta ringkasan Terma & Syarat yang ada di borang tempahan kami).

Penandatangan mengakui bahawa SEMUA pemilik kucing yang telah disenarai, telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat Kontrak ini, bersetuju untuk melepaskan pemilik dan Penjaga Neko Suites daripada semua liabiliti sekiranya kucing pemilik mengalami sebarang penyakit atau kecederaan, ringan atau parah di bawah jagaan Neko Suites, dan mengambil tanggungjawab penuh untuk pembayaran dan apa-apa caj yang belum dijelaskan kepada Neko Suites ketika servis kontrak telah selesai, iaitu ketika masa pengambilan (pick-up).

Pemilik kucing yang berminat untuk membuat tempahan untuk kucing mereka dengan kami perlu menandatangani borang tempahan di Neko Suites pada hari daftar masuk (check-in). Pelanggan yang kembali tidak perlu menandatangani borang tempahan lagi.

Kesihatan Kucing Anda

Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kucing-kucing yang menginap di Neko Suites, kami mempunyai beberapa peraturan yang perlu diambil perhatian.

Buat makluman anda, pekerja-pekerja di Neko Suites tidak mempunyai pengalaman ataupun kepakaran veterinar. Maka, pemilik bersetuju bahawa Neko Suites tidak akan dipertanggungjawabkan bagi sebarang diagnosis penyakit pada kucing yang anda pilih untuk hantar menginap di Neko Suites.

Neko Suites berhak untuk tidak menerima mana-mana kucing (atau kucing daripada isi rumah yang sama) yang mempunyai gejala penyakit (iaitu kelihatan tidak sihat).

1. Vaksinasi & Virus

Kami sentiasa memastikan kebersihan di Neko Suites berada di tahap yang cemerlang, namun pemilik perlu mengambil perhatian bahawa kucing-kucing yang stres dan anak kucing mempunyai ketahanan badan yang lebih rendah, membuatkannya lebih terdedah kepada demam selsema dan virus-virus lain.

Kami amat menggalakkan pemilik kucing untuk membawa kucing mereka (terutamanya anak kucing) untuk divaksinasi sebelum menghantar mereka untuk menginap di sini. Namun anda perlu tahu yang vaksin tidak menjamin perlindungan 100% kepada kucing anda.

Jika anak kucing anda tidak melengkapkan vaksinasi atau kucing anda terlalu tua (lebih 10 tahun), maklumkan kepada petugas kami. Kami akan menjaga kucing anda dalam kondo berasingan demi keselamatan mereka.

2. Pencegahan Hama & Kutu

Apabila anda membawa kucing anda untuk menginap di Neko Suites, syarat kami ialah kucing tersebut telah menerima Frontline atau pencegahan hama dan kutu yang serupa.

Anda boleh membawa jenama yang anda suka, ataupun gunakan jenama yang digunakan oleh kami (dan anda akan dicaj mengikut harga).

Jika kakitangan kami melihat tanda-tanda serangan serangga pada kucing anda seperti kutu, hama atau telur kutu atau cacing, kami akan mengehadkan akses ke kawasan umum untuk kucing yang dijangkiti. Ini termasuk akses ke bilik permainan untuk mengelakkan penyebaran perosak kepada kucing lain yang sedang boarding di hotel kami.

3. Pemandulan

Pemandulan tidak diwajibkan sekiranya anda ingin menghantar kucing anda di Neko Suites.

Namun, kami tidak akan melepaskan mana-mana kucing yang sedang miang. Ataupun kucing jantan yang belum dimandulkan daripada kondo mereka masing-masing.

4. Kurap

Jika kucing anda mempunyai kurap, anda perlu merawatnya sekurang-kurangnya seminggu sebelum anda menghantarnya untuk menginap di Neko Suites bagi mengelakkan kucing lain dijangkiti. Hal ini kerana kurap amat mudah berjangkit.

Untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak kepada kucing lain di hotel, sila maklumkan kepada kakitangan kami jika kucing anda baru-baru ini telah dirawat kerana kurap.

5. Rawatan Kecemasan

Jika kucing anda sakit atau cedera dan memerlukan perhatian pakar, atau kesihatan kucing anda memerlukan kepada tindakan pantas, dengan ini anda telah membenarkan Neko Suites untuk menggunakan khidmat doktor haiwan yang Neko Suites pilih untuk memerhati dan merawat punca dan kesan penyakit kucing anda, dan bayaran akan ditanggung oleh anda sendiri.

Neko Suites tidak akan membawa kucing anda ke doktor haiwan pilihan anda pada keadaan biasa.

Neko Suites akan cuba hubungi anda. Jika kami tidak mampu untuk menghubungi anda, anda telah membenarkan kami untuk menghubungi individu yang diletakkan sebagai Kenalan Kecemasan. Anda bersetuju yang Kenalan Kecemasan anda mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan, termasuk perbelanjaan berkaitan dengan anda ataupun kucing anda.

Tempahan & Bayaran

  • Kami mengenakan deposit (bayaran satu hari daripada caj keseluruhan anda) jika anda ingin menempah tarikh menginap untuk kucing anda. Deposit ini boleh dikembalikan sepenuhnya sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh daftar masuk (check-in) kucing anda.
  • Pemilik bersetuju untuk membayar Cattery untuk khidmat yang disediakan kepada kucing pemilik ketika setiap lawatan, kesemua kos dan caj untuk khidmat istimewa yang diminta, dan semua doktor haiwan/kos perubatan yang dikenakan untuk kucing ketika penginapan mengikut budi bicara Cattery pada kadar tertentu, berkuat kuasa pada tarikh kucing mendaftar masuk Cattery (seperti yang dipapar pada Cattery) pada permulaan lawatan (“caj-caj” secara kolektif)
  • Jangkaan caj yang akan dikenakan untuk perkhidmatan yang ditempah akan diketahui ketika daftar keluar (deposit tempahan akan ditolak daripada jumlah caj bayaran ketika daftar keluar).
  • Jika pemilik pulang ke rumah awal, bayaran yang perlu dijelaskan adalah sehingga tarikh tamat tempahan, dan tiada pulangan semula atau kredit yang akan diberikan. Semua bayaran yang belum dijelaskan perlu dibayar apabila perkhidmatan telah selesai, iaitu ketika daftar keluar.
  • Kucing tidak akan dilepaskan kepada pemilik selagi bayaran belum dijelaskan sepenuhnya.

Bayaran Lewat Dan Lebih Masa

  • Hari daftar keluar (sehingga 6pm) akan dicaj sebagai penginapan sehari penuh. Selepas 6pm, caj tambahan akan dikenakan.
  • Sekiranya pemilik, penjaga yang dipertanggungjawabkan ataupun kenalan kecemasan tidak datang untuk mengambil kucing tersebut, pemilik akan dikenakan caj mengikut hari selepas tarikh daftar keluar, beserta denda lewat dengan bayaran RM30.
  • Jika Neko Suites tidak dapat menghubungi pemilik, penjaga yang dipertanggungjawabkan ataupun kenalan kecemasan selepas 5 hari setelah hari daftar keluar, kucing tersebut dikira sebagai mangsa pengabaian.
  • Neko Suites berhak untuk melaporkan kes pengabaian dan penderaan haiwan. Hal ini juga termasuk mereka yang disyaki terlibat dalam pengabaian.

Liabiliti

  • Pemilik secara jelas mengetepikan dan melepaskan apa-apa dakwaan terhadap Neko Suites.
  • Pemilik juga bersetuju untuk bertanggungjawab secara bersendirian terhadap kesemua perbuatan kucing tersebut ketika di bawah jagaan Neko Suites.
  • Semua kucing yang menginap atau dijaga oleh Neko Suites tanpa liabilitinya terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh pemindahan parasit dari satu kucing ke kucing lain, kematian, melarikan diri, kecurian, kebakaran, kecederaan pada orang atau kucing lain, atau pemilikan kucing tersebut, atau kesan-kesan lain yang tak boleh dielakkan, kerana penjagaan yang sewajarnya telah dibuat.
  • Pemilik bersetuju untuk melepaskan Neko Suites dari sebarang liabiliti untuk kecederaan, kehilangan, atau kematian kucing yang bukan disebabkan oleh kecuaian daripada pihak kami.
  • Jika kecuaian daripada pihak Neko Suites yang menyebabkan kucing pemilik mengalami kecederaan, kehilangan atau kematian, maka liabiliti Neko Suites akan terhad pada nilai catel pemilik, atau RM500, mana-mana yang mempunyai nilai yang kurang.
  • Pemilik dan Neko Suites bersetuju secara jelas bahawa liabiliti Neko Suites dalam apa-apa keadaan tidak akan lebih daripada mana-mana yang mempunyai nilai yang kurang daripada nilai catel semasa kucing bagi kucing baka serupa, atau jumlah RM500.00 bagi setiap kucing yang menginap.

Fotografi

  • Kadang-kala, gambar atau rakaman video kucing-kucing di Cattery mungkin akan dirakam. Pemilik memberi kebenaran akan setiap gambar atau video kucing pemilik untuk digunakan sebagai iklan atau bahan pembelajaran, dengan memahami bahawa gambar dan video tersebut adalah hak penuh Cattery.