Dasar Privasi

Neko Suites menitikberatkan privasi dan maklumat peribadi pelanggan dan pengunjung laman web kami. Dasar berikut menerangkan dan menunjukkan komitmen kami terhadap keselamatan maklumat yang anda berikan kepada kami.

Ketahuilah yang Neko Suites tidak akan mendedahkan, berkongsi, menyewa atau menjual mana-mana maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk keuntungan komersial. Ini juga termasuk tujuan-tujuan lain yang tidak dinyatakan dalam dasar ini.

Dasar ini juga menerangkan sebab bagi kami memerlukan maklumat daripada pengunjung laman web (jika ada). Tambahan lagi, kami akan memberi tahu bagaimana kami melindungi maklumat ini dan bagaimana kami mungkin menggunakannya.

Penafian Laman Web

Semua pengguna yang melawat, melayari, dan melihat Nekosuites.com/ms/ (atau “Laman Web”) bersetuju yang mereka terikat dengan terma dan syarat yang tertulis di sini.

Nekosuites.com adalah milik dan mewakili Neko Suites Cat Hotel Enterprise di Malaysia. Kesemua fitur semasa, dulu, dan akan datang, platform media sosial yang berkaitan, produk, dan servis Nekosuites.com adalah tertakluk pada terma dan dasar di Laman Web ini.

Sekiranya pengguna tidak bersetuju dengannya dan tidak ingin patuh pada syarat ini, sila berhenti daripada menggunakan servis-servis Neko Suites Cat Hotel Enterprise. Ini juga termasuk Nekosuites.com.

Neko Suites (Kami)

  • Neko Suites (Neko Suites Cat Hotel Enterprise) berhak untuk membuat sebarang perubahan (termasuk membuang fitur dan menukar harga) pada laman web pada bila-bila masa tanpa memberikan notis kepada pengguna. Pengguna tidak boleh menuntut sebarang liabiliti daripada Neko Suites bagi sebarang kos, kecederaan, atau kerosakan yang mungkin berpunca daripada Nekosuites.com (cth., maklumat tidak tepat) atau apa-apa produk yang dibeli melalui Nekosuites.com.
  • Disebabkan Neko Suites ingin menyediakan maklumat yang tepat pada Nekosuites.com, maka sebarang ketidaktepatan yang pengguna dapati boleh dilaporkan dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
  • Neko Suites berhak untuk menukar atau mengeluarkan terma dan syarat ini sebahagian atau keseluruhannya pada bila-bila masa, tanpa sebarang notis kepada pengguna. Perubahan ini berkuat kuasa serta-merta apabila diterbitkan di Nekosuites.com.

Pengguna (Anda)

  • Pengguna bersetuju untuk tidak menceroboh keselamatan laman web Nekosuites.com (cth., menggodam, menipu, mencuri maklumat, dll).
  • Pengguna bersetuju untuk bertanggungjawab secara penuh bagi sebarang kos (berkaitan undang-undang atau selainya), liabiliti, tuntutan, dan kos yang ditanggung kami yang diakibatkan oleh pelanggaran terma dan syarat ini.
  • Dengan menggunakan Nekosuites.com, anda bersetuju untuk menanggung kerugian dan melepaskan Neko Suites dan pekerja-pekerjanya daripada sebarang dan segala tuntutan, permintaan, atau liabiliti lain (termasuk kos undang-undang dan kos lain) yang dibuat oleh pihak ketiga, yang disebabkan oleh penggunaan Nekosuites.com oleh anda, dan/atau pelanggaran anda pada terma dan syarat ini.

Maklumat Anda Yang Kami Kumpul (Dan Apa Yang Kami Lakukan Dengannya)

  • Laman web kami mengumpul maklumat tertentu yang berkaitan dengan data pelayaran anda. Kami boleh menggunakan statistik ini untuk melihat jumlah pelawat laman web, dan halaman mana yang mereka paling minati.
  • Kami akan menggunakan statistik ini semata-mata untuk menambah baik prestasi laman web kami (seterusnya menambah baik pengalaman pengguna). Anda dengan ini memahami dan bersetuju bahawa kami boleh berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga (termasuk rakan iklan yang berpotensi dan rakan kongsi niaga) atas permintaan mereka.
  • Neko Suites berhak untuk mendedahkan maklumat pelanggan atau pelawat laman web Nekosuites.com kepada pihak berkuasa undang-undang yang berkaitan sekiranya kami berasa perlu untuk mengelakkan sebarang bahaya atau pelanggaran hak kepada orang lain.

Maklumat Yang Anda Pilih Untuk Beri Kepada Kami

  • Neko Suites tidak mengambil sebarang tanggungjawab terhadap sebarang bahan yang anda beri di nekosuites.com atau mana-mana platform media sosial berkaitan. Kami tidak menjalankan sebarang semak semula, galakan atau kelulusan oleh Neko Suites.
  • Kami mempunyai hak untuk membuang sebarang bahan yang diberi (oleh anda) pada bila-bila masa dan tanpa memberitahu anda sekiranya bahan tersebut mempunyai atau disyaki mempunyai (tetapi tidak terhad kepada) unsur atau niat terhadap kakitangan Neko Suites, pengguna lain, atau pihak ketiga yang berkaitan:
    • Salahguna, gangguan, ugutan, fitnah, ancaman, dll.
    • Kandungan lucah atau menyalahi undang-undang
    • Promosi produk/pengiklanan
  • Mengandungi malware dan perisian lain yang berkaitan perisian yang menyasarkan komputer, jaringan net, laman web, dan platform media sosial kepunyaan Neko Suites dan rakan kongsi kami.
  • Jika anda menghantar apa-apa bahan melalui nekosuites.com atau platform media sosial kami yang lain (termasuk WhatsApp), ketahuilah yang Neko Suites bebas untuk menggunakan, mengubah suai, menciplak, mengubah, menyunting, menghasilkan semula, dll. bahan atau maklumat mengikut kehendak kami untuk tujuan pengiklanan atau digunakan untuk kemajuan perniagaan kami.

Tanda Dagangan dan Hak Cipta

  • Semua bahan yang dipaparkan di Nekosuites.com, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) teks, gambar, reka bentuk laman web dan lambang adalah hak milik Neko Suites (Neko Suites Cat Hotel Enterprise).
  • Tiada bahan (keseluruhan atau sebahagiannya) yang ada di Nekosuites.com boleh diubah, digunakan, atau diedarkan dalam apa jua bentuk tanpa mendapatkan kebenaran daripada Neko Suites.
  • Sesiapa yang didapati menggunakan bahan milik Neko Suites boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Apabila Neko Suites menggunakan bahan atau maklumat yang bukan dimiliki oleh kami, kami akan cuba sebolehnya untuk memberi kredit kepada pemilik asal. Jika anda mendapati bahan anda di Nekosuites.com tanpa kredit, hubungi kami di nekosuites[at]gmail.com supaya perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah.

Pautan Luaran dan Bahan

Nekosuites.com mungkin meletakkan pautan ke laman web lain dalam usaha untuk menyediakan lebih banyak maklumat yang kami rasa akan membantu pelawat laman web dan pelanggan. Namun Neko Suites tidak akan bertanggungjawab terhadap konten pada laman web tersebut (laman web luar). Selain itu, Neko Suites tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa tindakan atau kesan daripada konten, produk, khidmat atau fitur yang ada di laman web luar tersebut.

Pertikaian

  • Neko Suites berhak untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian antara pelanggan dan kami atas budi bicara kami.
  • Jika bayaran telah dibuat dan Neko Suites tidak mampu menyediakan khidmat atau produk yang telah dibayar (cth., promosi tamat, produk tiada stok, dll), kami akan memulangkan semula wang dan menghubungi pembayar untuk mengamankan kedua-dua pihak secara baik.
  • Neko Suites berhak untuk membatalkan apa-apa pertikaian yang melibatkan pesanan yang tidak mempunyai pembayaran yang berjaya.