Find Answers

FAQ

Kami mempunyai jenis kondo kucing berbeza pada kadar berbeza. Sila lihat tab penginapan untuk melihat harga yang ditawarkan.

Tidak, kami mewajibkan bagi setiap kucing untuk disuntik vaksin sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh daftar masuk, dan wajib untuk 2 vaksin asas – FVRCP (+ FeLV) dan Rabies. Kedua-dua ini adalah penyakit yang amat mudah berjangkit (dan boleh membawa maut).

Pengecualian bagi peraturan ini ialah sekiranya kucing anda tidak boleh divaksin atas alasan keadaan kesihatan. Jika ya, anda perlu membawa surat doktor haiwan yang menyatakan haiwan peliharaan anda cukup sihat untuk menginap di sini.

Kami menerima kucing yang belum dimandulkan sama ada jantan atau betina, namun kucing-kucing ini tidak dibenarkan untuk meninggalkan kondo kucing masing-masing.

Dan kami tidak akan menerimanya sekiranya kami sudah sedia mempunyai kucing yang sedang menginap yang tidak dimandulkan atau kucing yang sedang miang.

Boleh, namun caj yang dikenakan tetap sama. Selain itu, Neko Suites tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan mainan tersebut.

Kami biasanya akan menyediakannya ketika masa bermain atau masa makan di hotel ini.