Our Story

Mengapa Kami Menubuhkan Neko Suites

Kami tahu bagaimana rasanya hidup bersama kucing-kucing dan satu perkara yang mereka tidak suka adalah perubahan persekitaran.

Misi Kami

Jika anda tidak dapat mencari orang untuk menjaga kucing kesayangan anda di rumah, berikan tim pecinta kucing di Neko Suites peluang untuk menjaga dan membuatkan kucing anda berasa selamat dan selesa di luar rumah anda.

Lagipun, takkanlah manusia sahaja yang ingin berseronok ketika cuti?

Inilah salah satu sebab kami menubuhkan Hotel Kucing Neko Suites di Ipoh.

Falsafah Kami

Sebagai ibu bapa kepada haiwan peliharaan, kami ingin memberikan ketenangan minda kepada kucing peliharaan dan pemilik kucing ketika mereka perlu ke mana-mana. Sama ada perjalanan singkat ke luar negeri, percutian ke luar negara, mahupun berpindah rumah atau ketika pengubahsuaian rumah sedang dijalankan, dll.

Datanglah ke hotel kami ketika anda ingin menghantar kucing anda untuk menginap!

Neko Suites ialah hotel kucing tanpa anjing dengan klinik doktor haiwan di sebelahnya, dan mempunyai sinar matahari yang cukup jika si comel anda ingin berjemur!

Kesemua tetamu comel kami akan mendapat udara nyaman daripada penyaman udara setiap masa, kondo kucing yang selesa, masa bermain, makanan berkualiti, air bertapis, pasir kucing yang selalu ditukar, dll.

Anda akan cemburu dengan percutian kucing anda di sini!